Rabu, 30 Disember 2009

Aku Wanita

Wanita hadir dalam setiap persoalan hidup lelaki,
wanita adalah mehnah,
tangani wanita dengan berhikmah,
kerana wanita punca fitnah.

namun...
wanita bagaikan lilin dalam tiap rumah tangga,
dialah kejora yang menaungi bahtera cinta,
dalam setiap nafas seorang suami,

wanita...
diciptakanmu sebagai pelengkap alam,
jua penaung cinta,
kau srikandi penuh kelembutan,
penghapus duka..pelara segala derita,
tanpamu dunia sepi tak bererti,
tanpamu hilang penawar dihati,
engkau permata cinta dambaan lelaki,
mahkota jiwa seorang suami,
engkaulah permata yang dicari.

wanita...
dikaulah adinda yang dicari,
dikaulah permaisuri yang diimpi,
dikau jua bonda yang dinanti,
aku mengharap dirimu,
duhai insan yang bernama wanita,
kerna aku menghargaimu wanita.

Selasa, 29 Disember 2009

Andai Esok…

Andai esok aku mati,
Pesanlah pada sanak saudaraku,
Redhailah kepulanganku itu,
Jangan merintih dan jangan berlebih sedih,
Karna aku bukan lari dari mereka,
Tapi aku pergi tunaikan janji,
Mengadap pencipta esa.

Andai esok aku pergi,
Khabarkan pada teman-temanku,
Hubungan duniaku sudah terputus,
Tapi tak bermakna kalian ku lupakan,
Sesungguhnya kalian segar diingatan,
Bersama alunan doa yang kudus.

Andai esok aku tak kembali lagi,
Khabarkan jua pada musuh-musuhku,
Salah mereka telah ku maafkan,
Doaku moga mereka kembali ke pangkal jalan,
Sesungguhnya nur tuhan akan kita temui,
Bila kembali ke pangkal jalan.

Andai esok aku mengadap ilahi,
Ku mohon padamu duhai kawanku,
Teruskanlah berjuang,
Biar tajam mata penamu,
Agar mampu membisukan lidah-lidah dusta,
Biar indah bait-bait bahasamu,
Pasti kan luntur kerasnya jiwa yang sesat,
Tuturmu biarlah lembut,
Pasti kan cair jahil yang membeku.

Andai esok aku sudah disisi tuhan,
Aku ingin bersamanya dengan aman,
Tanpa membawa hasad dan dengki,
Tanpa berbekal dendam kesumat,
Ku hanya inginkan taqwa dan iman,
Menjadi peneman menghadap ilahi,
Ku ingin kekal disyurga abadi.

Ahad, 9 Ogos 2009

Doa Bila Jatuh Cinta???















Ada orang bertanya adakah doa-doa tertentu apabila jatuh cinta. Jika kita bimbang ketelanjuran dalam cinta, kita alihkan rasa cinta kita kepada Allah dengan membanyakkan salawat, dzikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu, kalau kita tewas nafsu yang akan memperdayakan kita. Dalam pada itu, amalkan doa apabila jatuh cinta. Segala ruang kehidupan perlu berbekalkalkan doa untuk keselamatan dan istiqamah hatta dalam bercinta pun kita sentiasa perlu berdoa. Agar cinta kita diredhai dan diberkati Allah.
Doa itu diambil dari sifat Allah, satu dari sifat2 Asmaul Husna, ia itu sifat Al-Muhaimin, sifat Allah Yang Maha Menjaga / Maha Memelihara. Sifat ini disebut-sebut di dalam Al Quran. Allah SWT bukan saja mencipta, bahkan Allah SWT juga menjaga, mengawal, mengurus ciptaanNya. Sentiasa memlihara dan memerhatikan setiap perbuatan dan perkataan kita. Fadilat membaca...
Ya Allah Ya Muhaimin setiap masa agar terhindar daripada apa-apa bencana yang tidak kita sedari.Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU. Ya Allah...Bila hamba bertemu dengan seseorangdan hamba jatuh cintaIzinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginyadan dia yang terbaik bagi hambaYa Allah...Bila Hamba menjadi pasangan seseorangIzinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginyaIzinkanlah diri hamba menjadi penyejuk hati baginyaIzinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginyaIzinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginyaIzinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginyaIzinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginyaYa Allah...Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMuIzinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMuIzinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMuYa Allah...Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakitiIzinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianatiYa Allah...Jiwa kami ada dalam genggamanMumaka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMuYa Allah...Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu.
-Jawapan disediakan oleh Endok Sempo binti M Tahir, AJK Wanita JIM Pusat.

Selasa, 4 Ogos 2009

Bicara Tentang Cinta



Mereka berkata…hidup ini indah,
Gelisah dalam gundah,
Parah tika resah,
Lemah terus berserah
Tanpa kembali ke jalan sudah.

Mereka berkata cinta itu kasih sayang,
Bila benci kasih melayang,
Dan sayang langsung hilang,
Dan bila rindu mula la menyeru
“engkaulah yang ku sayang”.

Cinta oh cinta…
Jangan kau hadir dikala suka,
Hilang dikala derita,
Biarlah cinta hadir walau terseksa,
Kerana siksaan itu titik-titik rasa.

Cintailah walau apa jua keadaanya,
Kerana cinta hanya wujud disanubari suci,
Cinta kan termetri pada sekaping hati,
Jangan kau damba perhiasan maknawi,
Tapi kau nilailah pada ziinatul hissi.

Sedarlah…
Lahirnya dirimu hanya dari setitis air hina,
Yang memiliki nilai insani,
Istimewa dirimu hanya kerana sekeping hati,
Mulia dirimu kerana setulus aqal,
Tanpanya dirimu sehina makhluk.

Duhai insan nilailah,
Dimana manfaat aqalmu?
Dimana kau sorok hatimu?
Duhai insan, bangkitkanlah jiwamu,
Serukanlah dirimu pada cahaya cinta-Nya.

Mencari kenangan lalu





Pada helaian kenangan itu,
Kucanting kerinduan di bingkai jiwa,
Rindu pada yang hilang,
Suka duka yang bertandang,
Hamparan cinta luka dan resah,
Buatkan hati dihimpit gelisah.
Ku mengharapkan sepenuh hatiku,
Agar kenangan itu bertandang lagi.

Terkadang hati berbisik sendiri,
Dimana mungkin ku cari ganti,
Sebuah cinta suci,
Tanpa diselubungi rasa benci,
Tanpa disaluti rasa iri.

Kini sejuta persoalan bermukim dihati,
Apakah kenangan itu kan berulang lagi,
Menyapa rinduku yang bertahun terpendam,
Mengusik mimpiku yang tak keruan.

Telah ku cuba mencari erti sebuah rindu,
Yang tersembunyi dibalik kalbu,
Tanpa sengketa sayu,
Tanpa onak berliku.

Ku tabur benih kasih disemaian cinta,
Inginku saksinya kembangnya mekar,
Menjadi tunjang redup cintaku,
Agar kasih kita sentiasa jitu,
Teguh walau dilanda badai beribu.

Ku harap sejuta kasih bertandang,
Hadir dengan sejuta harapan,
Membelai sebuah rindu yang makin menghilang,
Kerna aku masih mencari…
Kenangan lalu yang mengasyikkan,
Kenangan lalu cermin kehidupan.

Jumaat, 31 Julai 2009

Renungan Bersama









Keluhan Subuh

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah- olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Air Mata Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkn sebuah senyuman.
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali.Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah.
Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.



renungan:
selagi mata belum tertutup,
selagi nafas belum berhenti,
selagi iman masih disisi,
sahutilah solat 5waktu,
kerana solat adalah tiang agama.


Wanita Cantik Goda Malaikat

DIRIWAYATKAN daripada Nafi’ dari Abdullah Umar, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud: “Ketika Nabi Adam a.s diturunkan Allah ke bumi, maka berkatalah malaikat, “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?
”Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui.”Malaikat berkata, “Kami adalah orang lebih patuh kepada Engkau berbanding anak keturunan Adam.
”Kepada malaikat, Allah berfirman: “Panggillah ke mari dua malaikat. Aku akan turunkan mereka ke bumi hingga kamu dapat melihat apa yang dilakukan kedua-dua malaikat itu!”Malaikat menjawab, “Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yang melakukannya!”
Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi, lalu Allah mencipta seorang wanita daripada bunga (Zahrah) yang amat cantik. Zahrah pun mendatangi kedua-dua malaikat itu untuk menggodanya.Kedua-dua malaikat itu tertarik dengan kecantikan Zahrah hingga timbullah keinginan terhadapnya.
Zahrah berkata, “Tidak, demi Allah, jika kamu mahu mengucapkan kalimah musyrik ini!”Kedua-dua malaikat itu menjawab, “Tidak, demi Allah, sedikit pun kami tidak mahu mempersekutukan Allah untuk selama-lamanya!”Zahrah meninggalkan mereka berdua. Beberapa saat kemudian, dia kembali lagi membawa anak kecil. Apabila mendekati kedua-dua malaikat itu Zahrah berkata, “Tidak demi Allah, sebelum kamu bersedia membunuh anak kecil ini! ”Kedua-dua malaikat itu menjawab, “Tidak, demi Allah selamanya aku tidak akan membunuhnya!”Zahrah meninggalkan mereka dan datang semula sambil membawa segelas arak. Setelah menyapa malaikat, Zahrah berkata, “Tidak, demi Allah, sebelum kamu berdua minum arak ini!”Akhirnya kedua-dua malaikat itu meminumnya hingga mabuk dan kemudian mereka berzina dengan Zahrah sebelum membunuh anak kecil itu. Apabila kedua-dua malaikat itu sedar, Zahrah berkata, “Demi Allah, ketika kamu dalam keadaan mabuk tadi, kamu sudah melakukan semua yang sudah kamu tolak sebelum ini.”Akhirnya Harut-Marut diperintah untuk memilih antara seksa dunia atau di akhirat. Kedua-duanya memilih seksaan di dunia.Diriwayatkan Makhul daripada Mu’adz, ketika kedua-dua malaikat itu sedar, maka datanglah dari sisi Allah malaikat Jibril kepada mereka.Pada saat Jibril datang, kedua-duanya menangis dan Jibril ikut menangis sambil berkata, “Cubaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”Mendengar ucapan Jibril itu, tangisan kedua-duanya menjadi semakin kuat. Jibril berkata, “Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”Maka tahulah mereka dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.Perawi hadis itu berkata, “Harut dan Marut pada saat itu berada di wilayah Badil, Parsi. Mereka digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa hingga pagi.”Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka mengepak-ngepakkan sayap sambil berdoa di Baitullah:“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”Al-Kalabi berkata, “Seterusnya malaikat pun sentiasa memohon ampun kepada anak cucu Adam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa Allah berfirman kepada malaikat, “Pilihlah tiga yang termulia antara kamu!”Malaikat memilih Azar, Azrayil dan Azwaya. Ketiga-tiga malaikat itu diturunkan ke bumi dalam bentuk dan rupa anak Adam. Ketika Azar mengetahui semuanya dan mengerti terhadap fitnah yang ada, maka dia mengambil kesimpulan bahawa dirinya tidak mampu melaksanakannya. Akhirnya, Azar memohon ampun kepada Allah serta memohon maaf dan Allah mengampunkannya.Rabi’ Anas berkata, ketika Harut dan Marut sedar daripada mabuk, mereka akhirnya menyedari kesalahan yang sudah dilakukan ketika mabuk. Mereka menyesal.Mereka ingin naik kembali ke langit, tetapi mereka sama sekali tidak mampu melakukannya, malah tidak mendapat keizinan. Mereka menangis dan meratapi nasib mereka.Kedua-dua malaikat itu lalu mendatangi Nabi Idris sambil berkata, “Aku mohon supaya engkau mendoakan aku kepada Allah kerana sesungguhnya di langit aku sudah mendengar bahawa engkau disebut-sebut sebagai orang yang soleh.”Nabi Idris mendoakan kedua-dua malaikat itu dan doanya dikabulkan hingga akhirnya mereka diperintahkan memilih antara azab di dunia atau akhirat.Diceritakan pula ketika malaikat berkata kepada Allah, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,” maka mereka pun mengelilingi ‘Arsy’ selama empat ribu tahun. Mereka memohon ampun kepada Allah kerana menentang-Nya.

-Dipetik daripada buku Aneh, Lucu dan Ajaib terbitan Pustaka Ilmi.



Tiga Pertanyaan


Ada seorang pemuda yang sudah lama menuntut di Amerika telah kembali ke Tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, kiai atau siapapun yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda : Anda siapa? Dan apakah mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya
Pemuda : Saya punya 3 buah pertanyaan;
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir.
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !
Pemuda : Saya tidak boleh...
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak

Kiyai : Itulah yang dinamakan Takdir
Kiyai : Dibuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit
Kiyai : Dibuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit
Kiyai : Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.
Renungkanlah...


Sayidatina Fatimah: Penghulu Wanita Syurga

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain.Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkahuntuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketikaitu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisartepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorangpembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujiandi dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWTmengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengankata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali.Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu."Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda.Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulansetelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allahuntuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

Diet Rasulullah saw.

1- JENIS MAKANAN;

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



  • Jangan makan SUSU bersama DAGING

  • Jangan makan DAGING bersama IKAN

  • Jangan makan IKAN bersama SUSU

  • Jangan makan AYAM bersama SUSU

  • Jangan makan IKAN bersama TELUR

  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH ( KOKTEL)


2- CARA MAKAN;


1) JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.


2) TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.


3) JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.



Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.



* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
· Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuatn amalan antara lain:
· Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
· Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
· Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya. ......WallahuA'lamSabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan

Rabu, 1 Julai 2009

Secangkir tinta buat kawan


Antara Pencarian & Pertemuan

(i)
Kawan…
Amat mudah untuk mengungkap perkataannya,
Tapi cukup payah untuk menemuinya,
Dan amat sulit sekali untuk
Mendekatinya, menghampirinya,
Apatah lagi mengenalinya.

Ku bertanya sendiri…
Dimanakah dikau duhai kawanku,
Kawan sejati peneman setia,
Menangis bersama dikala sulit,
Berpegang ikrar sehidup semati,
Sanggup bekorban walau terkorban nyawa.

Kawan…
Kucari dirimu disetiap pelusuk alam,
Dimana engkau sembunyikan dirimu,
Kehadiranmu kudambakan,
Walau lelah menghambat rasa,
Walau payah menggoda sabar,
Kehadiranmu amat kunantikan.

Kawan…
Telah ku jelajah segenap ruang,
Mencari dirimu sang pengusir derita,
Namun kutemui hanyalah kehampaan,
Berjuta kawan dikala gembira,
Yang datang hanya berkongsi tawa,
Lenyap menghilang tatkala duka menyapa,
Anehnya resam dunia.


(ii)
Ku bersyukur pada yang maha pengasih,
Pencarian ini kau pertemukan,
Penantianku ini kau noktahkan,
Kurniakan aku seorang teman,
Yang terindah dipandangan hati,
sesempurna kejadian diri.

Datanglah kawan datanglah padaku,
Kan ku hargaimu selama hayatku,
Ku pahat dihati segala jasamu,
pengorbananmu ukiran abadi dijiwaku,
tenangku hadir seiring muncul.

Kawan…
Hadirmu umpama bulan diriba,
Membawa tongkat buat sibuta,
Engkau penghibur engkaulah laraku,
Kau terangi jalan gelitaku.

Seandainya budimu tak daya kubalas,
Ingatlah wahai kawanku,
Jasa budimu tak sekuman ku abaikan,
Kan ku simpan ia dilaman kenangan,
Agar tercatit sebuah ikatan,
Bahawa dikau semulia insan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Renungan Bersama




MALIKIYY
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi sengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

Aurat Wanita:Perbandingan 4 Mazhab

HAMBALIYY - Ada dua qawl:

1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.

SHAFI'IYY Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:
1. Semua badan, tampa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.

2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

HANAFIYY Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Jumaat, 12 Jun 2009




Keranamu al-Quran


Ku berusaha hari demi hari,

Membaca menghafal kuanggap tradisi

Bila hilang ku ganti kebali,

Susah payah kuulang lagi,

Demi mencapai matlamat terpuji.


Pelbagai dugaan datang menguji,

Pelbagai cabaran silih berganti,

Pelbagai halangan datang dan pergi,

Aku hadapinya penuh bererti,

Kertna ku tahu hakikat hidup realiti.


Pabila al-Quran penuh didada,

Pelbagai persoalan datang menimpa,

Pesan guru jagalah sentiasa,

Jangan lalaikan apa yang ada,

Agar sejahtera sepanjang masa,

Dunia akhirat bahagia sentiasa.


Ku berdoa setulus hati,

Agar al-Quran tidak menyepi,

Akhlak al-Quran akhlak dinanti,

Supaya selamat tidak rugi.


Warkah hari lahir buatmu

Dikejauhan ini,

aku titipkan warkah hari lahir buatmu

khas dihari bahagiamu ini

ku coretkan sebuah wadah yang tak ternilai

agar dapat kau tahu

nilai sebuah persahabatan dihati sepi ini

Dengarlah wahai sahabat,

Selamat hari lahir kuucapkan buatmu

Semoga rindu sentiasa berputik dikalbu

Buat mengubati hati yang pilu

Sesungguhnya aku mengenalmu.

Sahabat..

Tiada kata seindah bahasa

Tiada perasaan seindah naluri

Tiada ucapan yang indah untuk dikata

Selain selamat berbahagia

Di hari lahir yang bermakna ini

Sahabat..

Masih terbayang kali pertama ku disini

Menghitung nasib mencari diri

Namun engkau hadir memberi harapan

Untuk menggapai sebuah impian.

Kepuncak tertinggi..

Sahabat..

Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu niat tersuci ini

Bahawa engkau tak pernah ku benci

Dan kau juga tak pernah ku iri

Hanya engkau bertakhta dihati

Sebagai pendorong diri…

Ketahuilah wahai sahabat

Saat pertama kita berjabat

naluriku berkata bahawa engkau orang yang hebat

dan akulah yang merasa bangga yang teramat

kerna engkau adalah penyeri yang tersemat

Sahabat..

Tidak ku pinta segunung kasihmu

Tidak ku harap belaian sebuah rindu

Dan tidak ku damba sayangmu seagung-agungnya

Tapi ku hanya ingin kau tahu

bahawa aku menyayangimu seadanya

sebagai teman sejatiku

Selamat hari lahir...

Hanya kata-kata ini yang dapat kuzahir

Kerna aku hanya seorang teman yang tak pernah menzahir

Walau ceria sentiasa terpamer

Namun sikapku tak pernah terlahir

Kerna hanya tuhan saja yang tahu

Siapa diriku dihatimu

Dan siapa dirimu dihatiku...

Masih tergambar dihati ini

Saat pertama kali kita berpaling arah

Mempamer keegoan melelap kasih

Minimbus sayang dan menghancur ikatan

Tika itu leburnya hubungan kitaa…

Kerna adanya sengketa

Tapi kau hadir dengan bercanda

Kau hadir mengungkap kata

Kau hadir bangkitkan cinta

Dan kau hadir meluahkan rasa

Menggamit sayang seulik mesra

Sahabat..

Maafkan segala kekhilafan

Semoga panjang umur

Dan diberkati ilahi

Terimalah aku disudut hati tersucimu..


Rabu, 10 Jun 2009

kenanagan tika itu




Benar kata orang, selagi tak diuji kita takkan tahu sejauh mana keberanian kita. Terkenang pula tika mana saya menyertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), betul-betul menguji keberanian diri.
Saya masih ingat ketika menyertai latihan tamat kursus kat pusat pertahanan awam (PUSPA), banyak pengalaman yang telah saya lalui dan pelajari.
Suatu hari, nasib tak menyebelahi saya, saya telah mengalami keracunan makanan. Dengan segera saya dibawa oleh anggota JPAM ke hospital seremban, saya mendapat rawatan disana. Setelah mendapat rawatan, ketika dalam perjalanan pulang ke pusat pertahanan awam, tiba-tiba anggota JPA telah mendapat satu panggilan kecemasan…ada seorang uncle hampir nazak, tinggal kat serembanjaya. Ambulans kami terpaksa patah balik untuk membawa uncle tersebuti ke hospital. Setelah bersusah payah mencari kediaman pesakit dengan segera mereka membawa ke hospital. Ketika itu hanya ada 3 orang je anggota yang terlatih. Masa tu saya ditemani oleh seorang rakan selatihan dengan saya. 2anggota terpaksa uruskan keadaan uncle dan sorang lagi sebagai driver. Manakala kawan saya diberi tugas mencatat maklumat pesakit. Sungguh kelam kabut waktu tu, saya pula masih kesakitan lagi, timbul juga rasa takut melihat keadaan uncle yang sakit sebab saya memang penakut.
Apa yang saya nak sampaikan adalah kesungguhan, kegigihan dan keberanian anggota JPAM patut dihargai, mereka berusaha sedaya mungkin untuk menyelamatkan 1 nyawa. Namun saya tidaklah seberani mereka. Pengalaman itu memberi makna yang besar dalam hidup saya kerana saya menyaksikannnya sendiri.

Dengarlah Laila

Laila…
Andai dirimu sempat remaja,
Jaga pekertimu sayang,
Jadilah anak yang solehah,

Jangan jadi seperti mereka,
Yang buta hukum hakam,
Yang hanyut tanpa pedoman.

Laila…
Remajamu penuh godaan sayang,
Dibahumu ada harapan,
Dijiwamu ada impian,
Jangan kau tersalah pilih kawan,
Siapkan dirimu dengan iman.

Iman itu pedoman,
Kau genggamlah ia,
Jangan biar ia bergoncang.

Laila…
Andai usiamu menginjak dewasa,
Jangan kau lupa sayang,
Liku hidupmu penuh gelombang,
Jangan kau gentar..
Harungilah gelombang itu,
Agar kau tahu pahit manisnya hidup,
Agar kau mengerti segalanya.

Laila…
Tuamu nanti penuh kesepian,
Jangan kau bersedih sayang,
Hadapilah kenyataan dengan ketenagan,
Ketahuilah laila…
Hidup ini hanyalah persinggahan.

Dikala sinar menyuluh alam,
Jangan kau sesat didalam terang,
Yang tertinggal jangan kau kesal,
Pandanglah ke depan,
Kerana didepan itu ada harapan,
Ada jalan menuju puncak ,
Bahagia yang kau damba,
Menanati disana.

kedamaian secebis cinta

Cinta
Aku ingin memiliki kedamaian
sebuah cinta abadi
Yang engkau redhai
DisisiMu Al -Khaliq.

Namun si hamba berterusan khilaf ,
Mengundang nestapa,
Kerana cinta-cinta hampa sesama manusia.

Iman tak lagi teguh..
Runtuh semahu-mahunya.
Kasih sayang tak pernah utuh,
Hadir senafas Cuma,
Hanya sementara
Wujud dikala si hamba
Indah dipandangan mata,
Lenyap kala tercela.

Aku tak ingin hanyut
Dengan cinta-cinta dusta..
Aku takkan hidup dengan khayalan cinta nista,
Itu semua bisikan syaitan semata-mata,
Untuk membawa si hamba ke jalan gelita.

Aku lakarkan puisi ini,
Buatmu insan yang dilamun cinta..
Ingatlah..jangan sampai ternoda,
Sedarlah bahawa fitnah dunia banyak melanda,
Yang akhirnya membuat kita derita.

Cintailah pencipta kita..
Bak kata pepatah,
"cintakan bunga..bungakan layu,
Cintakan manusia..manusiakan pergi
Dan cintakan Allah kekal selama-lamanya.."

Betapa indahnya cinta,
Sekiranya kita benar-benar menghargainya..
Hanya pencinta
Yang mampu menghargai cinta.

Ceriakan harimu

selamat datang ke laman seni sastera islam...sebarang pertanyaan, hubungi 0133191229 atau e-mail: liza87_iza@yahoo.com
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

- Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Mengenai Saya

Foto saya
USIM, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
kesederhaan buatkan saya rasa bahagia kerana terhindar dari sifat tamak. hidup saya akan lebih tenang jika terisi dengan kalamullah dan tinta-tinta raudhah.

Mengapa lelaki suka berpoligami?