Sabtu, 15 Januari 2011

Pesanan Buat Saudara...

Tak terhitung banyaknya khilaf manusia,
Hidup bertemankan noda,
Dibelenggu dengan dosa-dosa,
Umpama dihempap batu sejuta.

Duhai teman carilah dirimu,
Dimana aqalmu yang waras,
Dimana nur iman yang indah,
Dimana kekuatan aqidah,
Dimana kesempurnaan rohaniah.

Kita adalah khalifah,
Dicipta dengan semulia aqal,
Diamanahkan menjadi seorang ma'arifat,
Mengenal hakikat dan tarikat,
Supaya aqidah tak berbarah,
Dihiasi dengan fakta-fakta ILMIAH,
Kerana itu adalah semulia iman.

Lihatlah duhai penghuni dunia,
Dunia hari ini semakin menghina,
Anak dunia seakan terpesong,
Mengikut rentak arus fana.

Saksikanlah…
Dunia ini semakin memusnah,
Kemusnahan menimpa setiap pelusuk,
Kehancuran menular ke setiap tempat,
Insaflah…
Kita sekarang menuju ke arah kebinasaan.

Ahad, 31 Oktober 2010

pesanan bersahaja....

assalamualaikum wbt...
lama tak update blog ni...
maklum la bz sgt..ilham pun kurang.
apa pun dihrap rakan2 pembaca semua sihat.
dalam tempoh ni, byk perkra yg tak dijangka berlaku.
allah uji kita dengan pelbagai ujian,
namun dia kurniakan plak pada kita sebuah kegembiraan,
kebahagiaan dan kedamaian.

indahnya hidup ni kalau kita tau menghargainya..
wujudkan suasana aman disekeliling kita..
jangan pandang serong atau salah pada orang lain
kerana bila kita sama2 mempunyai syak yang baik
orang lain tidak akan ganggu kita.

amalakan zikrullah, karena itulah penyubur amalan kita.
insya'allah dimana2 pun kita juga selalu dalam lindungan-Nya.

kerendahan hati adalah lebih penting
berbanding dengan kebongkakan diri.
hidup ni tak lama.
kita seharusnya sedar siapa kita n dr mana asal usul kita.
yang maha tinggi hanya lah allah....bukan kita.

sedar tak sedar,
umur makin memamah usia,
jgan smpai diri kita menjadi hamba dunia....
sekian utk kali ini....

Sabtu, 31 Julai 2010

Bila 2 hati telah bertemu...('v')t('v')


Cinta oh cinta..
Cinta datang lagi...
Maka bermulalah sebuah perhubungan...
perhubungan cinta..tapi ingatlah..
sesebuah perhubungan takkn halal tanpa aqad...

couple ibarat sebuah persahabatan...
not more than that..
tapi ramai yang tersalah tafsir tentangnya...
ada yang berkata...
cinta itu seperti ikatan perkahwinanan...
jika itulah ta'rifannya...
apa ertinya sebuah perkahwinan?
duhai anak muda...
jangan perkecilkan syariat allah,
jangan remehkan sunnatullah,
hidup tanpa pegangan,
ibarat sebuah layang2 yang telah terputus talinya,
bila2 masa ianya akan hancur dan musnah,
kerana tiada yang menguruskannya...

bila hati kecil berkata...
"...aaahh kita dah bertunang akhirnya...''
Ingatlah duhai insan..
pertunagan bukanlah tiket untuk keluar bersama...
berpegangan tangan..berdua2an..
itu hanya sekadar rancngan untuk sehidup semati dengnnya...
tapi ingatlah..allah yang menentukan segalanya.

tarik la nafas lega setelah kamu disatukan dgn 1aqad pernikahan..
itu lah yg halal bgmu....
jagalah nasabmu...
kerana itulah sebaik2 ummah.

p/s: duhai anak muda...berseronoklah dengan cara yang diredhai tuhan..
muda bukan sekali...
tp selama2nya...
itulah yang kekal disyurga yang abadi.


Khamis, 8 April 2010

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

renungan bersama

"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-Imam Ghazali-

Rabu, 30 Disember 2009

Aku Wanita

Wanita hadir dalam setiap persoalan hidup lelaki,
wanita adalah mehnah,
tangani wanita dengan berhikmah,
kerana wanita punca fitnah.

namun...
wanita bagaikan lilin dalam tiap rumah tangga,
dialah kejora yang menaungi bahtera cinta,
dalam setiap nafas seorang suami,

wanita...
diciptakanmu sebagai pelengkap alam,
jua penaung cinta,
kau srikandi penuh kelembutan,
penghapus duka..pelara segala derita,
tanpamu dunia sepi tak bererti,
tanpamu hilang penawar dihati,
engkau permata cinta dambaan lelaki,
mahkota jiwa seorang suami,
engkaulah permata yang dicari.

wanita...
dikaulah adinda yang dicari,
dikaulah permaisuri yang diimpi,
dikau jua bonda yang dinanti,
aku mengharap dirimu,
duhai insan yang bernama wanita,
kerna aku menghargaimu wanita.

Selasa, 29 Disember 2009

Andai Esok…

Andai esok aku mati,
Pesanlah pada sanak saudaraku,
Redhailah kepulanganku itu,
Jangan merintih dan jangan berlebih sedih,
Karna aku bukan lari dari mereka,
Tapi aku pergi tunaikan janji,
Mengadap pencipta esa.

Andai esok aku pergi,
Khabarkan pada teman-temanku,
Hubungan duniaku sudah terputus,
Tapi tak bermakna kalian ku lupakan,
Sesungguhnya kalian segar diingatan,
Bersama alunan doa yang kudus.

Andai esok aku tak kembali lagi,
Khabarkan jua pada musuh-musuhku,
Salah mereka telah ku maafkan,
Doaku moga mereka kembali ke pangkal jalan,
Sesungguhnya nur tuhan akan kita temui,
Bila kembali ke pangkal jalan.

Andai esok aku mengadap ilahi,
Ku mohon padamu duhai kawanku,
Teruskanlah berjuang,
Biar tajam mata penamu,
Agar mampu membisukan lidah-lidah dusta,
Biar indah bait-bait bahasamu,
Pasti kan luntur kerasnya jiwa yang sesat,
Tuturmu biarlah lembut,
Pasti kan cair jahil yang membeku.

Andai esok aku sudah disisi tuhan,
Aku ingin bersamanya dengan aman,
Tanpa membawa hasad dan dengki,
Tanpa berbekal dendam kesumat,
Ku hanya inginkan taqwa dan iman,
Menjadi peneman menghadap ilahi,
Ku ingin kekal disyurga abadi.

Ceriakan harimu

selamat datang ke laman seni sastera islam...sebarang pertanyaan, hubungi 0133191229 atau e-mail: liza87_iza@yahoo.com
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

- Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Mengenai Saya

Foto saya
USIM, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
kesederhaan buatkan saya rasa bahagia kerana terhindar dari sifat tamak. hidup saya akan lebih tenang jika terisi dengan kalamullah dan tinta-tinta raudhah.

Mengapa lelaki suka berpoligami?