Rabu, 1 Julai 2009

Secangkir tinta buat kawan


Antara Pencarian & Pertemuan

(i)
Kawan…
Amat mudah untuk mengungkap perkataannya,
Tapi cukup payah untuk menemuinya,
Dan amat sulit sekali untuk
Mendekatinya, menghampirinya,
Apatah lagi mengenalinya.

Ku bertanya sendiri…
Dimanakah dikau duhai kawanku,
Kawan sejati peneman setia,
Menangis bersama dikala sulit,
Berpegang ikrar sehidup semati,
Sanggup bekorban walau terkorban nyawa.

Kawan…
Kucari dirimu disetiap pelusuk alam,
Dimana engkau sembunyikan dirimu,
Kehadiranmu kudambakan,
Walau lelah menghambat rasa,
Walau payah menggoda sabar,
Kehadiranmu amat kunantikan.

Kawan…
Telah ku jelajah segenap ruang,
Mencari dirimu sang pengusir derita,
Namun kutemui hanyalah kehampaan,
Berjuta kawan dikala gembira,
Yang datang hanya berkongsi tawa,
Lenyap menghilang tatkala duka menyapa,
Anehnya resam dunia.


(ii)
Ku bersyukur pada yang maha pengasih,
Pencarian ini kau pertemukan,
Penantianku ini kau noktahkan,
Kurniakan aku seorang teman,
Yang terindah dipandangan hati,
sesempurna kejadian diri.

Datanglah kawan datanglah padaku,
Kan ku hargaimu selama hayatku,
Ku pahat dihati segala jasamu,
pengorbananmu ukiran abadi dijiwaku,
tenangku hadir seiring muncul.

Kawan…
Hadirmu umpama bulan diriba,
Membawa tongkat buat sibuta,
Engkau penghibur engkaulah laraku,
Kau terangi jalan gelitaku.

Seandainya budimu tak daya kubalas,
Ingatlah wahai kawanku,
Jasa budimu tak sekuman ku abaikan,
Kan ku simpan ia dilaman kenangan,
Agar tercatit sebuah ikatan,
Bahawa dikau semulia insan.

2 ulasan:

  1. Pernah kita kecewa hanya kerana kawan. Kerana kita telah berjanji akan setia bersama seiring menerjah onak dan duri. Kita berjanji akan terus bersama walau seribu halangan yang bertandang. Berkawan banyak nikmatnya. Limpah kenangannya. Berkawan mampu menghiburkan hati yang selalu gundah gulana kerana kawan adalah teman bercanda dikala duka, pengubat segala sengsara. Kawan takkan lupakan temannya. Kawan takkan sia-siakan sahabatnya.
    Namun benarlah kata pepatah, langit tak selalunya cerah..pasti akan ada mendungnya jua.
    Dalam hidup ini, kita janganlah terlalu mengharap pada kawan, kerana kekadang kawan menjadi teman bicara dan kekadang menjadi teman sengketa.

    BalasPadam
  2. Pernah kita kecewa hanya kerana kawan. Kerana kita telah berjanji akan setia bersama seiring menerjah onak dan duri. Kita berjanji akan terus bersama walau seribu halangan yang bertandang. Berkawan banyak nikmatnya. Limpah kenangannya. Berkawan mampu menghiburkan hati yang selalu gundah gulana kerana kawan adalah teman bercanda dikala duka, pengubat segala sengsara. Kawan takkan lupakan temannya. Kawan takkan sia-siakan sahabatnya.
    Namun benarlah kata pepatah, langit tak selalunya cerah..pasti akan ada mendungnya jua.
    Dalam hidup ini, kita janganlah terlalu mengharap pada kawan, kerana kekadang kawan menjadi teman bicara dan kekadang menjadi teman sengketa.

    BalasPadam

Ceriakan harimu

selamat datang ke laman seni sastera islam...sebarang pertanyaan, hubungi 0133191229 atau e-mail: liza87_iza@yahoo.com
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

- Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Mengenai Saya

Foto saya
USIM, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
kesederhaan buatkan saya rasa bahagia kerana terhindar dari sifat tamak. hidup saya akan lebih tenang jika terisi dengan kalamullah dan tinta-tinta raudhah.

Mengapa lelaki suka berpoligami?