Jumaat, 26 Jun 2009

Renungan Bersama




MALIKIYY
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi sengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

Aurat Wanita:Perbandingan 4 Mazhab

HAMBALIYY - Ada dua qawl:

1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.

SHAFI'IYY Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:
1. Semua badan, tampa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.

2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

HANAFIYY Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Jumaat, 12 Jun 2009




Keranamu al-Quran


Ku berusaha hari demi hari,

Membaca menghafal kuanggap tradisi

Bila hilang ku ganti kebali,

Susah payah kuulang lagi,

Demi mencapai matlamat terpuji.


Pelbagai dugaan datang menguji,

Pelbagai cabaran silih berganti,

Pelbagai halangan datang dan pergi,

Aku hadapinya penuh bererti,

Kertna ku tahu hakikat hidup realiti.


Pabila al-Quran penuh didada,

Pelbagai persoalan datang menimpa,

Pesan guru jagalah sentiasa,

Jangan lalaikan apa yang ada,

Agar sejahtera sepanjang masa,

Dunia akhirat bahagia sentiasa.


Ku berdoa setulus hati,

Agar al-Quran tidak menyepi,

Akhlak al-Quran akhlak dinanti,

Supaya selamat tidak rugi.


Warkah hari lahir buatmu

Dikejauhan ini,

aku titipkan warkah hari lahir buatmu

khas dihari bahagiamu ini

ku coretkan sebuah wadah yang tak ternilai

agar dapat kau tahu

nilai sebuah persahabatan dihati sepi ini

Dengarlah wahai sahabat,

Selamat hari lahir kuucapkan buatmu

Semoga rindu sentiasa berputik dikalbu

Buat mengubati hati yang pilu

Sesungguhnya aku mengenalmu.

Sahabat..

Tiada kata seindah bahasa

Tiada perasaan seindah naluri

Tiada ucapan yang indah untuk dikata

Selain selamat berbahagia

Di hari lahir yang bermakna ini

Sahabat..

Masih terbayang kali pertama ku disini

Menghitung nasib mencari diri

Namun engkau hadir memberi harapan

Untuk menggapai sebuah impian.

Kepuncak tertinggi..

Sahabat..

Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu niat tersuci ini

Bahawa engkau tak pernah ku benci

Dan kau juga tak pernah ku iri

Hanya engkau bertakhta dihati

Sebagai pendorong diri…

Ketahuilah wahai sahabat

Saat pertama kita berjabat

naluriku berkata bahawa engkau orang yang hebat

dan akulah yang merasa bangga yang teramat

kerna engkau adalah penyeri yang tersemat

Sahabat..

Tidak ku pinta segunung kasihmu

Tidak ku harap belaian sebuah rindu

Dan tidak ku damba sayangmu seagung-agungnya

Tapi ku hanya ingin kau tahu

bahawa aku menyayangimu seadanya

sebagai teman sejatiku

Selamat hari lahir...

Hanya kata-kata ini yang dapat kuzahir

Kerna aku hanya seorang teman yang tak pernah menzahir

Walau ceria sentiasa terpamer

Namun sikapku tak pernah terlahir

Kerna hanya tuhan saja yang tahu

Siapa diriku dihatimu

Dan siapa dirimu dihatiku...

Masih tergambar dihati ini

Saat pertama kali kita berpaling arah

Mempamer keegoan melelap kasih

Minimbus sayang dan menghancur ikatan

Tika itu leburnya hubungan kitaa…

Kerna adanya sengketa

Tapi kau hadir dengan bercanda

Kau hadir mengungkap kata

Kau hadir bangkitkan cinta

Dan kau hadir meluahkan rasa

Menggamit sayang seulik mesra

Sahabat..

Maafkan segala kekhilafan

Semoga panjang umur

Dan diberkati ilahi

Terimalah aku disudut hati tersucimu..


Rabu, 10 Jun 2009

kenanagan tika itu




Benar kata orang, selagi tak diuji kita takkan tahu sejauh mana keberanian kita. Terkenang pula tika mana saya menyertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), betul-betul menguji keberanian diri.
Saya masih ingat ketika menyertai latihan tamat kursus kat pusat pertahanan awam (PUSPA), banyak pengalaman yang telah saya lalui dan pelajari.
Suatu hari, nasib tak menyebelahi saya, saya telah mengalami keracunan makanan. Dengan segera saya dibawa oleh anggota JPAM ke hospital seremban, saya mendapat rawatan disana. Setelah mendapat rawatan, ketika dalam perjalanan pulang ke pusat pertahanan awam, tiba-tiba anggota JPA telah mendapat satu panggilan kecemasan…ada seorang uncle hampir nazak, tinggal kat serembanjaya. Ambulans kami terpaksa patah balik untuk membawa uncle tersebuti ke hospital. Setelah bersusah payah mencari kediaman pesakit dengan segera mereka membawa ke hospital. Ketika itu hanya ada 3 orang je anggota yang terlatih. Masa tu saya ditemani oleh seorang rakan selatihan dengan saya. 2anggota terpaksa uruskan keadaan uncle dan sorang lagi sebagai driver. Manakala kawan saya diberi tugas mencatat maklumat pesakit. Sungguh kelam kabut waktu tu, saya pula masih kesakitan lagi, timbul juga rasa takut melihat keadaan uncle yang sakit sebab saya memang penakut.
Apa yang saya nak sampaikan adalah kesungguhan, kegigihan dan keberanian anggota JPAM patut dihargai, mereka berusaha sedaya mungkin untuk menyelamatkan 1 nyawa. Namun saya tidaklah seberani mereka. Pengalaman itu memberi makna yang besar dalam hidup saya kerana saya menyaksikannnya sendiri.

Dengarlah Laila

Laila…
Andai dirimu sempat remaja,
Jaga pekertimu sayang,
Jadilah anak yang solehah,

Jangan jadi seperti mereka,
Yang buta hukum hakam,
Yang hanyut tanpa pedoman.

Laila…
Remajamu penuh godaan sayang,
Dibahumu ada harapan,
Dijiwamu ada impian,
Jangan kau tersalah pilih kawan,
Siapkan dirimu dengan iman.

Iman itu pedoman,
Kau genggamlah ia,
Jangan biar ia bergoncang.

Laila…
Andai usiamu menginjak dewasa,
Jangan kau lupa sayang,
Liku hidupmu penuh gelombang,
Jangan kau gentar..
Harungilah gelombang itu,
Agar kau tahu pahit manisnya hidup,
Agar kau mengerti segalanya.

Laila…
Tuamu nanti penuh kesepian,
Jangan kau bersedih sayang,
Hadapilah kenyataan dengan ketenagan,
Ketahuilah laila…
Hidup ini hanyalah persinggahan.

Dikala sinar menyuluh alam,
Jangan kau sesat didalam terang,
Yang tertinggal jangan kau kesal,
Pandanglah ke depan,
Kerana didepan itu ada harapan,
Ada jalan menuju puncak ,
Bahagia yang kau damba,
Menanati disana.

kedamaian secebis cinta

Cinta
Aku ingin memiliki kedamaian
sebuah cinta abadi
Yang engkau redhai
DisisiMu Al -Khaliq.

Namun si hamba berterusan khilaf ,
Mengundang nestapa,
Kerana cinta-cinta hampa sesama manusia.

Iman tak lagi teguh..
Runtuh semahu-mahunya.
Kasih sayang tak pernah utuh,
Hadir senafas Cuma,
Hanya sementara
Wujud dikala si hamba
Indah dipandangan mata,
Lenyap kala tercela.

Aku tak ingin hanyut
Dengan cinta-cinta dusta..
Aku takkan hidup dengan khayalan cinta nista,
Itu semua bisikan syaitan semata-mata,
Untuk membawa si hamba ke jalan gelita.

Aku lakarkan puisi ini,
Buatmu insan yang dilamun cinta..
Ingatlah..jangan sampai ternoda,
Sedarlah bahawa fitnah dunia banyak melanda,
Yang akhirnya membuat kita derita.

Cintailah pencipta kita..
Bak kata pepatah,
"cintakan bunga..bungakan layu,
Cintakan manusia..manusiakan pergi
Dan cintakan Allah kekal selama-lamanya.."

Betapa indahnya cinta,
Sekiranya kita benar-benar menghargainya..
Hanya pencinta
Yang mampu menghargai cinta.

Ceriakan harimu

selamat datang ke laman seni sastera islam...sebarang pertanyaan, hubungi 0133191229 atau e-mail: liza87_iza@yahoo.com
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

- Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Mengenai Saya

Foto saya
USIM, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
kesederhaan buatkan saya rasa bahagia kerana terhindar dari sifat tamak. hidup saya akan lebih tenang jika terisi dengan kalamullah dan tinta-tinta raudhah.

Mengapa lelaki suka berpoligami?